Saturday 4 July 2015

Nilai Harga Diri

Bidang 1
Nilai: Harga Diri
Definisi :Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam    kehidupan
Unit 3: Harga Diriku Maruah Diriku

Ciri-ciri masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi:
Fizikal

  • Sentiasa ceria dan disenangi orang lain
  • Berketerampilan kemas dan segak
  • Mempunyai berat badan yang unggul
  • Sihat tubuh badan dan cergas
Mental

  • Mempunyai rohani yang sihat dan jiwa yang tenang
  • Bermoral dan berakhlak mulia
  • Mempunyai pegangan agama yang kukuh(sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan)
Sosial

  • Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
  • Mesra dengan rakan-rakan dan anggota masyarakat
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah
Emosi

  • Sentiasa tenang 
  • Sabar dan tabah menghadapi masalah 
  • Berupaya menyelesaikan masalah
Nota:
- Kita haruslah menerima dan menghargai segala kekuatan dan kelemahan diri
- Kelemahan diri hendaklah diperbaiki agar hidup kita menjadi lebih bermakna
- Hala tuju hidup yang positif dapat memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupan

- Orang yang mempunyai harga diri ialah orang yang berupaya mengelak atau mengawal diri  daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan masyarakat
- Harga diri dapat ditingkatkan jika individu itu mempunyai daya tahan dari segi mental,rohani dan  jasmani




Watch this link :
https://www.youtube.com/watch?v=LWnAEKarq4U

No comments:

Post a Comment